every heartbeat just for ALLAH..
makes Al-Quran and AS- Sunnah as Guide in our life
insyaALLAH,
we will be GREAT Muslimah..

May 9, 2013

Allah adalah Perancang yg terbaik utk hidupku

Assalammualaikum semua...
ya ALLAH, lama sangatkan tak update blog
maaf lah
agak busy dengan life as students
sampaikan takde masa tuk diri sendiri
Alhamdulillah
masih berkesempatan hari ini

sepanjang 6 bulan
macam-macam terjadi
ada suka ada duka
dan kebanyakkannya suka
happy sangat2

almost One year hubungan kami
Alhamdulillah, 
ALLAH memberi kekuatan dalam kepayahan
memberi kebahgiaan dalam kesedihan
memberi senyuman dalam keperitan
penghinaan, tohmahan dan fitnah
semuanya kami harungi 
dengan berserah pada ALLAH
kerna
ALLAH Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati ini

setiap kali cuti, 
masing-masing akan cuba tuk cari masa
luangkan masa yg ada utk berjumpa
berkongsi cerita, bertukar pendapat
kami sahabat tatkala ada sj masalah di kongsi,
kami juga musuh bila ada bnda yg x sependapat..:)

sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman,
masih sempat luangkan masa bersama
takkan lupa saat2 yg telah kita lalui..
buat keje gila g taiping semata-mata g mkn kfc je
g pangkor xsmpai satu hari then balik sbb dh nk malam
buat surprise jumpa saya..
banyak, terlalu banyak

doaku hanya padaMU Ya Rabb
kekalkan ukhwah dan jalinan kemesraan ini 
sehingga hujung nyawa
tiada yang seindah
daripada
menjaga ukhwah dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kami.
Amiin Ya Rabbal Al-Amiin.

kau Sahabatku, kau Musuhku, kau Supirku, kau Tangisku dan kau Ketawaku..
moga ia kekal sehingga hujung nyawa..





Jan 30, 2013

sweet memory of JANUARY!!

pejam celik, pejam celik
 esok dah 31th january 2013
sekejap je dh nk masuk bulan February..
macam macam berlaku dalam bulan January..
macam macam kerja "gila" di buat bersama insan2 tersayang..

january jugaklah menyatukan dua hati 
mendekatkankan lagi mereka untuk bersedia ke alam perkahwinan
27th January 2013
was a great day to Dzarah Shariff's family members
Alhamdulillah
everything we plan, ALLAH permudahkan..
Engagement Day of Kak Ngah (pak uda daughter's)
so, dari johor, melaka, penang, perak
semua berkumpul di Perda, Permatang Pauh 
bagi meraikan dan memeriahkan majlis tersebut
sangat2 meriah walaupun sederhana 
dan
pada hari tu juga abah umumkan
majlis pertunangan di Manjung kelak
(wait for Mac entry ya)
Tahniah buat Kak Ngah dan Pak uda
semoga ALLAH permudahkan 
apa yg telah dibincangkan dan dirancangkan

half of the Dzarah's grandsons and granddaughters..

we are still single but soon or later will be a wife too!

hidup ini makin ceria dengan telatah sahabat2 di melaka
kami ni ibarat kembar 8
sorang keluar, semua keluar
sorang makan, semua makan
sorang tidur semua tidur,
bak kata orang ibarat aur dengan tebing
(betul ke peribahasa tu..hehehe)
yes,
we do everything together
weekend adalah masa tuk bersama2
setiap hari kami merewang kat dpur tuh
ketua chef mestilah Kak Sha
macam2 masakan kami buat
dah serupa kedai siam kat dpn taman ni..


a day before cuti Maulidur Rasul and Thaipusam

sayang mereka sangat2
sebab
mereka ibarat keluarga kedua 
mereka ibarat kakak2 dan adik2
mereka ada tika sakit, 
tika senang
tika duka
setia bantu tak kira apa jua terjadi
macam2 jadi kat kami tapi we're still together..
hope ikatan ni kekal selamanya..



before Business Law class..

asal cuti je mesti, WAJIB jumpa geng Anak2 Solehah
perkara WAJIB
mereka sahabat sejati
segala suka duka kami harungi sama2
malam jumaat tuh kami jumpa 
and kuar makan
masing2 gembira tak terkata
macam bertahun2 tak jumpa
hakikatnya cuma beberapa bulan je..
bila dah akrab, macam tulah rindu nya
malam tu jumpa, memang kedai tu kami punya..
dengar suara kami berbincang tentang percutian awl March nnti
YA ALLAH, Engkau permudahkanlah segala apa yang telah kami rancang
tak sabar nak balik cuti raya cina ni
we will meet again, insyaALLAH!

malam yang riuh dengan gelak tawa kami..

and the last story
aku dan 'dia' buat kerja gila..
just pergi taiping semata-mata makan KFC
then balik
hehehe..
we are unpredictable person actually
bila hati kata nak g penang,
just go then pulang dengan hati yang tenang
terima kasih buat 'dia' yang sudi teman and drive ke sana..
turut je kehendak diri ini..
moga kelak, kita jumpa lagi..
hanya doa kepada ALLAH
 menjadi penghubung setia kita...
terima kasih buat semua insa2 yg setia dalam hidupku
yang sentiasa ada dikala senang dan duka
doaku sentiasa bersama kalian
moga ALLAH sentiasa melindungi kalian dan meRahmati kalian

khas buat kalian
SAHABAT



Kau lah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidup ku

Kau lah yang di situ

Setia menunggu ku

Kau lah yang satu

Menjadi sahabatku



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz2JShuH9L3

p/s : menunggu hari untuk makan besar bersama budak2 rumah dan saat pulang ke rumah! cuti again!..







Jan 29, 2013

kebahagiaan milik setiap insan

Alhamdulillah,
ALLAH Maha Pemurah
setiap hambaNya pasti akan merasai kebahgiaan
tetapi
ketahuilah kebahgiaan di dunia hanyalah ujian semata2
bahagia yang sebenar adalah di syurga
bukan disini..

Allah yang mengatur segalanya
dan 
semuanya adalah yang terbaik tuk diri kita
jika tidak, 
tentunya ALLAH akn jauhkan dan pisahkan dari kita

silaturrahim yg terjalin dulu,
 kini semakin utuh..
tak sangka segala yang dirancang semuanya dipermudahkan
jauh tak bermakna akn terputus hubungan
kami jarang berjumpa
hanya Doa penghubung segalanya
hanya Allah perantaraan kami

banyak dugaan kami hadapi
tapi
bila mana segalanya 
kami berserah pada ALLAH
DIA berikan kami petunjukNYa..
DIa berikan kami jawapanNYA..
Syukur...Syukur..Syukur..

dia ajari aku menjadi wanita solehah
dia ajari aku menjadi wanita yang sabar dengan dugaan
dia ajari aku menjadi wanita yang kuat..
dia ajari aku menjadi wanita yang lebih utamakan ALLAH melebihi segalanya..
terima kasih ALLAH untuk segalanya..

ku mohon
moga ukhwah antara kami kekal hingga ke syurga
walaupun kelak,
 masing2 ada kehidupan masing2..
kami redha dgn segala ketentuanMU
benarlah,
tak semestinya selalu jumpa,
selalu berhubung mealui mesej atau hp
akan bertambah erat hubungan tersebut
sebenarnya
selalu berhubung melalui ALLAH 
lebih mengukuhkan lagi sesuatu hubungan ..



p/s : hanya family dan ALLAH tahu siapa 'dia' yang aku maksudkan..alhamdulillah, hampir 10 bulan persahabatan ini..semoga kekal hingga selamanya hanya dengan izinMU ya ALLAH..^^..
terima kasih ALLAH atas kebahagiaan ini..








Jan 2, 2013

Kau lah segalanya..=)


Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Chorus:
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai
Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Bridge:
Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku



p/s : terima kasih untuk segalanya...saya bahgia!..=)...<3..<3..

Dec 25, 2012

kekuatan dalam setiap hembusan nafas

hidup ini penuh dengan rahsia
kekuatan dan kesabaran yang luarbiasa harus ada dalam seatiap jiwa manusia
kita beruntung kerna dilahirkan sebagai Islam
kerna apa?
kerna  dalam islam ada segala jawaban dan penyelesaian...
cuma
kita perlu mencari dan sentiasa sabar

betul lah kata ustazah
bila kita sedang berusaha ke arah mendekatkan diri pada Allah
akan ada banyak halangan dan ujian
yang menguji kesabaran dan kekuatan diri ini
kadangkala aku rapuh
jatuh terjelepok tapa sedar
tapi
 Allah ada denganku sentiasa
aku bangun demi Allah
meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Nya

tak siapa tahu kisah hidupku
tak siapa layak mempertikaikan kehidupanku
kerna Allah yang mengatur segala rencana dalam kehidupanku
manusia sentiasa ingin tahu kisah kehidupan org lain
mereka lupa bahawa kisah hidup mereka lebih baik 
siapalah kita untuk menyatakan sesorang itu tidak akan bahagia
siapalah kita untuk menentukan kehidupan seseorang
kita BUKAN TUHAN

contohilah sifat terpuji Rasulullah
walaupun baginda dilayan dengan begitu teruk
baginda tetap memberi kebaikan kepada insan tersebut
dugaan baginda lagi hebat dari kita

ya, kita bukan sekuat baginda
tapi 
kita perlu menjadi kuat seperti baginda
benarlah,
jika kejahatan di balas kejahatan
maka ia adalah dendam
Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan
Maka ia adalah
sifat yang mulia
 yang terpuji

jika kita ingin bahagia, 
sentiasalah mendoakan kebahagiaan orang lain
jika kita ingin menjadi yang lebih baik,
doakan kebaikan orang lain
 
Kebahgiaan seseorang Allah yang tetapkan
 tapi
Manusia perlu mencari kebahgiaan itu
Janji Allah itu PASTI
 
Mendoakan keburukan orang lain
Nanti kita yang dapat
Kerna Allah tidak suka kita mendoakan keburukan orang lain
 
Didik hati supaya bersangka baik
Didik hati untul terima apa takdir Allah
Didik hati untuk tidak membenci orang
Didik hati untuk tidak berdendam
Dan
Didik hati untuk sentiasa memaafkan orang
InshaAllah
hidup kita akn tenang
Dan
Akan disayangi ramai
 
jaga mulut kerna perkataan yang keluar dari mulut kita menunjukkan hati kita
Lebih banyak menceritakan keburukan orang
Maknanya hati kita hitam
jaga aib orang kerna sekali kita buka aib orang
Balasannya
Allah akan bukak aib kita..
Nauzubillah
Mintak dijauhkan..
 
 
P/s : mohon doakan segalanya dipermudahkan...aku ada Allah, aku ada keluarga, aku ada kwn2 dan shbt serta aku ada dia..:)
 
 





Dec 14, 2012

Alhamdulillah, Thank You ALLAH for the chances!

Alhamdulillah..
terima kasih ALLAH untuk segalanya..
tak sangka kan, dah 6 Bulan masa berlalu.
dan 
hari ini
aku jejak kembali di tanah Bandar Bersejarah 
untuk meneruskan perjuangan
dan 
mencapai cita-cita..

sepanjang 6 Bulan,
macam-macam berlaku..
suka, duka, gembira, tangis, tawa 
lengkap perasaan itu..
tapi 
banyak yang indah berlaku

bila kita sentiasa meletakkan ALLAH nombor SATU
maka
 kebahgiaan dan ketenangan akan kita rasai..

tetiba hari ini 
bangun je pagi
rindu teman2 praktikal
rasa nak ulang balik masa kita berbuka bersama-sama
masa kita keluar berjimba 
masa kita gembira bersama
setiap pagi kita jumpa 
sebelum masing2 bergerak ke lokasi masing2
banyak kenangan manis dgn korang semua

in shaa ALLAH, 
kita reunion bulan Januari nnti 
moments di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd 
xkn prnh aku lupakan sampai bila2.

selama 6 bulan jugalah 
aku cuba melenyapkan 
'nisa' yg dulunya terlalu taksub dgn duniawi
dengan cinta manusia
kini
baru aku ketahui
tiada cinta yang PALING HEBAT
selain 
menjadikan ALLAH cinta sejati kita

dulu 
aku lah yg paling excited bila menyebut tentang cinta lelaki
tapi kini
rasanya 
belum masanya lagi utk berbicara tentang ini
lebih baik capai cita-cita dulu
banyak impian mak abah yang perlu aku capai

buat
siapa yang pernah hadir bahagiakan diri ini
terima kasih aku ucapkan
siapa yang pernah mengecewakan diri ini
terima kasih juga aku ucapkan
dan
buat sesiapa yang mengajar ku tentang rona kehidupan
jutaan terima kasih ku ucapakan
kalian lah yang menjadikan diri ini 
seorang yang tabah, cekal 
dan 
tiada lagi airmata utk ditangisi kerana cinta yang tidak halal
doaku 
semoga ALLAH sentiasa memberi Rahmat dan melindungi kalian selalu

buat insan yang pernah hadir 
sepanjang 21 tahun aku hidup
setiap kenangan tak akan pernah luput
dan
setiap kesalahan yang dilakukan
 tak pernah aku simpan 
walaupun teruk diri ini diperlakukan
kalian tetap kenangan yang terindah dalam hidup ini

hidup ini indah jika kita sentiasa muhasabah
yang pergi biar dia pergi..
yang masih ada dlm hidup kita,
hargai dan sayangi lah..
sekali dia pergi, selamanya tak akan kembali..

tegur diri ini andai ada khilaf
bukan dengan berkata di belakang
bukan dengan membuat fitnah 
kita hidup tak lama di dunia ALLAH ini
kita hanya menumpang
perbanyakkan amalan 
utk bekalan akhirat kelak

peringatan untuk diri ini juga













Nov 23, 2012

Perkara sunat pada Hari Assyura (24 nov)


Antara perkara sunat dilakukan pada hari Asyura / 10 Muharram:

 (10 Muharram / 24 Nov 2012 / Sabtu)

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.



Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


 Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


 Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


Solat sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.


 Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka



p/s : ilmu daripada blog http://hazwanahmad.blogspot.com/2012/11/amalan-10-muharram.html.. semoga kita mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t